18/6/2023 – Sumbangan Kembali Ke Sekolah

Program Kembali Ke Sekolah merupakan antara program tahunan Yayasan Muslimin. Matlamat utamanya membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan dalam menyediakan keperluan barangan persekolahan anak-anak mereka. Kedudukan kewangan mereka tidak mampu menyediakan persiapan sekolah lebih-lebih lagi melibatkan anak yang ramai.

Yayasan Muslimin hari ini meraikan seramai 10 orang pelajar keluarg asnaf dengan pemberian sumbangan Kembali Ke Sekolah yang diadakan di pejabat PERKIM Selayang.

Turut juga diraikan 10 keluarga asnaf yang menerima sumbangan Kiosk Dapur YM yang merupakan barangan keperluan asas makanan.

Kami berharap melalui sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban hidup golongan yang memerlukan, meningkatkan motivasi anak-anak untuk terus mencipta kejayaan dalam akademik dan sahsiah, sekali gus menjadi modal insan berguna kepada agama, bangsa dan negara,

Terima kasih penderma budiman!

Jom membantu bersama kami:

https://toyyibpay.com/Derma-Prihatin-Kebajikan-Muslimin

💳BIMB : 14041 0100 22124

YAYASAN MUSLIMIN

Sumbangan Anda juga akan mendapat pengecualian Cukai Pendapatan. Warta Kerajaan : 24 September 1992. Bil: 9001.LHDN: 01/35/42/51/179-6.3976.

Hubungi kami di:

Tel – 011-64695277 / 03-61884064 (Pejabat)

https://wa.me/601164695277

HUBUNGI KAMI

03 6188 4064 / 03 6178 5064

ymmb2u@yahoo.com.my

Fax – 03 6188 4085

YAYASAN MUSLIMIN

11C, Jalan SG 3/17,

Taman Sri Gombak,

68100 Batu Caves, Selangor

PENAFIAN : YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini. Tidak dibenarkan menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

© 2022 HAKCIPTA TERPELIHARA – YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD