Kata-Kata Aluan Pengerusi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Segala pujian bagi Allah SWT, Salawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan sekalian umat Islam yang istiqamah beriman kepada Allah SWT dan terus menghulurkan sebahagian harta mereka untuk infaq di jalan Allah SWT.


Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana Yayasan Muslimin terlibat dalam bidang kebajikan dan pendidikan. Bidang ini amat penting kerana ia mampu membangunkan potensi ummah demi mencapai apa yang disebutkan oleh Allah SWT dalam Al-Quran sebagai khaira ummah.


Yayasan mengambil pendekatan menubuhkan dana bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan pendidikan dan kebajikan. Oleh itu sokongan umat Islam melalui sumbangan derma amat diperlukan.


Justeru, saya merayu kepada semua pihak yang prihatin kepada kelangsungan Islam di Negara ini supaya bersama menghulurkan sumbangan dema kepada Yayasan Muslimin untuk disalurkan semula bagi membantu pusat pendidikan Islam seperti Maahad Tahfiz, Pusat Pengajian Pondok, pelajar-pelajar dan juga anak-anak yatim yang memerlukan.


Firman Allah SWT yang bermaksud:


“Dan hendahlah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa maksiat dan pencerobohan. Dan bertakwalah keapda Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya”. (Surah Al-Maidah : 2)


“Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan pada jalan Allah, maka faedahnya dan pahalanya adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntuk keredaan Allah. Dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan balasan pahalanya pada kamu dan balasan baik kamu itu pula tidak dikurangkan”.

(Surah Al-Baqarah : 272)


Sekian, terima kasih. Wassalam.


Ustaz Haji Abdul Rahman Bin Md Hassan

Pengerusi,

Lembaga Pemegang Amanah

YAYASAN MUSLIMIN

11C, Jalan SG 3/17,

Pusat Bandar Taman Sri Gombak,

68100 Batu Caves,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 6188 4064 / 03 6178 5064

Fax : 03 6188 4085

ymmb2u@yahoo.com.my

PENAFIAN : YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini. Tidak dibenarkan menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

© 2024 HAKCIPTA TERPELIHARA – YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD