Berita & Kemasan terkini

Yayasan Muslimin

3 weeks ago

Yayasan Muslimin
View on Facebook

3 weeks ago

Yayasan Muslimin
JOM SEDEKAH SUBUH BERKONGSI KEBAIKAN DI WAKTU BERKAH, BANTU MEREKA YANG KESULITAN BERSAMA YAYASAN MUSLIMINSeorang Muslim yang hebat amalan sedekahnya bukan saja mendapat sanjungan di atas muka bumi ini, malah turut mendapat doa malaikat!Dalam satu hadis daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:β€œTiada satu pagi (hari) pun yang dilalui seorang hamba melainkan akan ada dua malaikat turun dan berdoa, Ya Allah! Berikan kepada pemberi sedekah ganti (sedekahnya), manakala malaikat satu lagi berdoa, Ya Allah! Berikan kepada orang yang menahan (sedekah dan kedekut kemusnahan).” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Setiap amalan sedekah yang dilaburkan pasti akan diganti oleh Allah SWT dengan ganjaran pahala dan limpahan rezeki berganda.Jom mulakan pagi anda dengan bersedekah. Salurkan sumbangan ke:YAYASAN MUSLIMINBANK ISLAM BANK BERHAD14041010022124Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp di www.wasap.my/60132858575/PertanyaanSokongan Anda kepada Yayasan Muslimin amat kami hargai.#SedekahSubuh#SumbanganAndaKamiSampaikan#MembangunBersamaUmmah ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 weeks ago

Yayasan Muslimin
25 OGOS 2024 | AHADPROGRAM CAKNA RASAAlhamdulillah, Yayasan Muslimin telah melaksanakan Program Cakn Rasa di Taman Kasawari Bukit Rotan, Kuala Selangor.Ini merupakan Program Cakna Rasa yang kesekelian kalinya diadakan bersama golongan asnaf dan B40 di taman ini. Tujuannya untuk membantu mereka yang amat memerlukan meneruskan kelangsungan kehidupan.Terukir senyuman di wajah mereka sebaik saja menerima sumbangan tersebut. Barangan asas makanan seperti beras, minyak, susu, tepung turut disumbangkan kepada mereka. Mereka mengucap syukur tanda berterima kasih pada Allah SWT yang maha Esa dan para penyumbang yang bermurah hati.Semoga dengan program sebegini dapat mendatangkan manfaat yang besar kepada setiap insan yang terpilih dan didoakan moga Allah SWT mengurniakan mereka rezeki berpanjangan, Ameen.Teruskan Bantu Kami Dalam Program Cakna Rasa. ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 months ago

Yayasan Muslimin
Sabtu | 27 Julai 2024PROGRAM KEMBALI KEPADA FITRAH Manusia secara fitrahnya dilahirkan sebagai seorang yang suci daripada segala dosa. Namun, dengan bertambahnya usia daripada kecil sehinggalah dewasa, manusia melalui pelbagai ujian yang boleh mencemar fitrah asalnya, khususnya apabila seseorang itu mencapai peringkat mukallaf (menanggung kewajipan) iaitu wajib menunaikan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.Alhamdulillah, pagi ini Yayasan Muslimin mengadakan kelas Fardu Ain dan Al-Quran kepada dua keluarga mualaf. Dibimbing oleh YBhg. Ustaz Abd Halid bin Sintol, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Muslimin.Diakhir program, Yayasan Muslimin menyampaikan sumbangan wang tunai dan barang asas makanan kepada mereka.Terima kasih kepada semua penyumbang Yayasan Muslimin. Teruskan menyumbang bersama kami supaya lebih ramai lagi mendapat manfaat. #KembaliKepadaFitrah#SumbanganAndaKamiSampaikan.#MembangunBersamaUmmah ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 months ago

Yayasan Muslimin
KLUANG, JOHOR, 16 Julai 2024 - Alhamdulillah, Yayasan Muslimin menyampaikan sumbangan Infaq Katil Pesakit kepada Persatuan Veteran TUDM Cawangan Negeri Johor, PvTUDMJOHOR.Majlis penyerahan katil telah disempurnakan di Rumah Veteran En. Selamat di Taman Puyuh, Kluang, Johor sebagai penerima manfaat Infaq Katil Pesakit tersebut.Yayasan Muslimin diwakili oleh En. Mohd Aliff bin Mohd Razuki, Ahli Lembaga Pemegang Amanah manakala Pihak PVTUDM Johor diwakili oleh Pengerusi mereka iaitu Tuan Yacob bin Kasdu.β€œKami merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penderma dan pihak Yayasan Muslimin di atas sumbangan katil yang sangat bermakna ini” - ujar Tuan Yacob bin Kasdu.Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. ... See MoreSee Less
View on Facebook

2 months ago

Yayasan Muslimin
π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π€π‹ π‡πˆπ‰π‘π€π‡ | 𝟏 πŒπ”π‡π€π‘π‘π€πŒ πŸπŸ’πŸ’πŸ” π‡πˆπ‰π‘π€π‡ β€œDan orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan kesalahan dan dosa” – Hadis riwayat Ibu Majah#MaalHijrah1446H#SumbnganAndaKamiSampaikan#MembangunBersamaUmmah ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 months ago

Yayasan Muslimin
KONGSI REZEKI BUAT ASNAF DAN B40 YANG AMAT MEMERLUKAN Jom #KongsiRezekiSubuh bersama Yayasan Muslimin untuk kita menambah amal jariah dengan berkongsi rezeki bersama golongan asnaf-asnaf & B40 yang amat memerlukan..Semoga dapat kita memulakan setiap hari dengan amalan baik dan menyumbang kepada kebaikan sosial..Klik untuk menyumbang:yayasanmuslimin.org/donation-2/.β€œUkirkan Senyuman Sebarkan Kegembiraan”#CaknaRasa#CaknaArmalah #BackToSchool #KembaliKepadaFitrah #InfaqKatilPesakit #CaknaRamadhan #MasihAdaYangSayang #RecoveryTaufanAqsa#SumbanganAndaKamiSampaikan#MembangunBersamaUmmah ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 months ago

Yayasan Muslimin
SALAM AIDILADHA 1445H/2024MΨ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ω„ΩŽΨ§Ψ§ΩΩ„Ω°Ω‡ΩŽ Ψ§ΩΩ„ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±ΩΨŒ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω ΩˆΩŽΩ„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―ΩSegala puji-pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda..Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Dalam menyambut Aidiladha ini, marilah kita memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS, sebagai teladan ketaatan dan keikhlasan kepada Allah SWT..Semoga ibadah korban dan seluruh amal sepanjang awal Zulhijjah kita diterima dan diberkati, serta menjadi jalan untuk memperkukuh ukhuwah dan memperteguh keimanan kita..Buat para jemaah yang menunaikan haji pada tahun ini, semoga mereka beroleh haji yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan mereka. Selamat Hari Raya Aidiladha.ΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ω„ΩŽ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩˆΩŽΩ…ΩΩ†Ω’ΩƒΩΩ…Ω’ ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 months ago

Yayasan Muslimin
SUMBANGAN CAKNA RASASABTU | 8 JUN Penyerahan sumbangan kepada keluarga En. Zul dikediamannya. Beliau sekeluarga baru berpindah di Batai Apartment, Selayang Hight. Berkongsi tempat kediaman bersama keluarga..Ibunya berusia 77 tahun, mengidap penyakit jantung, darah tinggi. Bapanya 80 tahun hanya mampu terbaring di atas tilam kerana menghidapi penyakit buah pinggang yang gagal dirawat kerana faktor usia dan keadaan badannya yang lemah. Manakala abangnya pula menghadapi masalah pernafasan kritikal dan tak dapat berkerja..Mereka terpaksa berkongsi kediaman. Adik beliau bersama Isteri dan dua orang anaknya juga menumpang dikediaman ini.. Begitulah kesusahan kehidupan yang ditanggung oleh mereka. Yayasan Muslimin hadir menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas makanan dan wang tunai. Semoga ianya sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan mereka..Terima kasih kepada penyumbang Yayasan Muslimin. Semoga Allah SWT membalas ganjaran kebaikan kepada semua.#sumbanganandakamisampikan#MembangunBersamaUmmah ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 months ago

Yayasan Muslimin
24 Mei 2024 - Majlis penyerahan sumbangan dana wakaf kepada Maahad Tahfiz Padang Air-MTDI disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Rahman bin Md Hassan, Pengerusi Yayasan Muslimin Malaysia Berhad dan diiringi oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Sumbangan disampaikan kepada Ustaz Kamal Hassan mewakili Pengurusan Maahad Tahfiz Padang Air-MTDI.#SumbanganAndaKamiSampaikan#MembangunBersamaUmmah ... See MoreSee Less
View on Facebook

3 months ago

Yayasan Muslimin
View on Facebook

YAYASAN MUSLIMIN

11C, Jalan SG 3/17,

Pusat Bandar Taman Sri Gombak,

68100 Batu Caves,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 6188 4064 / 03 6178 5064

Fax : 03 6188 4085

ymmb2u@yahoo.com.my

PENAFIAN : YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini. Tidak dibenarkan menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

Β© 2024 HAKCIPTA TERPELIHARA – YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD