Program Pendidikan

Aktiviti bersama Pusat Tahfiz

Yayasan Muslimin melibatkan diri dalam mengatur beberapa kelas bimbingan pengajian al-Quran, kursus bagi masyarakat umum, dan seumpamanya sebagai satu peranan yang perlu dimainkan bagi memenuhi keperluan masyarakat, antaranya

  • Membantu Maahad Al-Tahfiz Wa Al-Dirasaat Al-Islamiyyah, Taman Darul Hikmah, Kampung Padang Air, Terengganu (MTDI) dengan menjadikan MTDI keluarga angkat Yayasan Muslimin bagi membantu pencarian dana untuk keperluan MTDI. Yayasan Muslimin berkerjasama dengan Koperasi Muslimin Malaysia Berhad dalam urusan ini.
  • Membantu pusat-pusat tahfiz seluruh Malaysia dalam usaha pencarian dana untuk keperluan pusat-pusat tersebut. Aktiviti ini dikelolakan melalui program ‘Tahfiz Care’.

Aktiviti Penganjuran Kelas dan Kursus Untuk Masyarakat

Yayasan Muslimin juga menganjurkan kursus/seminar untuk masyarakat umum seperti berikut:     

          

  • Kelas Tadabbur al-Quran dengan tenaga pengajar dalaman/ luar.  
  • Kursus sembelihan penganjuran bersama Persatuan Ulama Malaysia.    
  • Seminar pusaka pengajuran bersama Persatuan Ulama Malaysia.


Sumbangan Anda amat bermakna

Sumbangan Anda akan mendapat pengecualian Cukai Pendapatan. Warta Kerajaan : 24 September 1992.

Bil: 9001.LHDN: 01/35/42/51/179-6.3976.

YAYASAN MUSLIMIN

11C, Jalan SG 3/17,

Pusat Bandar Taman Sri Gombak,

68100 Batu Caves,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03 6188 4064 / 03 6178 5064

Fax : 03 6188 4085

ymmb2u@yahoo.com.my

PENAFIAN : YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Portal ini. Tidak dibenarkan menggunakan maklumat ini untuk tujuan pengiklanan, pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan serta menyebarkan maklumat tanpa kebenaran.

© 2024 HAKCIPTA TERPELIHARA – YAYASAN MUSLIMIN MALAYSIA BERHAD