Jumaat | 5 Januari 2024
Adik Nuha yang sepatutnya menduduki peperiksaan SPM tahun ini, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana masalah kesihatan. Beliau mengidap barah otak (thyroid), masalah kuman dalam paru-paru dan juga patah tulang paha akibat jatuh kerana diserang penyakit sawan baru-baru ini.
Keadaannya yang tidak boleh berjalan menyebabkan dia terpaksa memakai pampers. Adik Nuha telah berada di hospital sejak bulan Ogos 2023. Ditemani Ibunya yang tidak bekerja. Ayahnya pula telah kembali ke Rahmatullah.
Alhamdulillah, YBhg. Hajjah Kamariah Binti Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Yayasan Muslimin hadir menyampaikan sumbangan tunai serta barangan keperluan peribadi. Moga ianya dapat membantu meringankan bebanan Adik Nuha.
Semoga Adik Nuha diberikan kesembuhan segera dan dapat menjalani kehidupannya seperti kawan sebayanya yang lain.
Hanya dengan satu langkah daripada anda, ribuan orang dapat dibantu. Terima kasih buat semua penyumbang.
Semoga usaha-usaha baik ini akan terus berpanjangan!. Sekecil mana pun usaha Anda, ternyata ianya mampu memberi impak yang besar buat mereka yang memerlukan.
Jom bantu melalui: https://yayasanmuslimin.org/donation-2/