You are currently viewing Yayasan Muslimin Hulur Sumbangan Dalam Program Cakna Rasa Asnaf Di Terengganu

Yayasan Muslimin Hulur Sumbangan Dalam Program Cakna Rasa Asnaf Di Terengganu

KHAMIS | 22 FEBRUARI 2024 – Yayasan Muslimin menyantuni 35 keluarga asnaf dengan menghulurlkan sumbangan barangan keperluan asas makanan dan wang tunai dalam Program Cakna Rasa Asnaf berempat di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Jerteh, Terengganu.

Sumbangan disampaikan oleh YBhg. Puan Hajjah Kamariah Binti Husin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah. Sumbangan tersebut juga adalah salah satu usaha murni Yayasan Muslimin dalam membantu golongan kurang berkemampuan untuk menyambut Ramadhan bakal tiba.

Yayasan Muslimin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi menyalurkan sumbangan. Semoga Allah SWT menerima amalan kebaikan kita.

Setiap sumbangan anda layak mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Teruskankanlah menyumbangan bersama kami. Sumbangan anda amat kami hargai. Sumbangan anda juga dapat mengukirkan senyuman kepada golongan penerima.

https://www.facebook.com/yayasan.muslimin.54/posts/pfbid02pyQFp7sEEv3w3LFSszU5aoqYV6HqmCZhsdXS5hNL9dEM5ubeH7LYymwWvFd3xEXml

Jom bantu melalui: https://yayasanmuslimin.org/donation-2/